Untuk makluman tuan, Bahagian
Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengemaskini maklumat
bagi mengenal pasti status peralatan dan bahan sedia ada, penyenggaraan serta
keperluan peralatan khas dan bahan sokongan pembelajaran murid berkeperluan
khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI), Program Pendidikan Inklusif (PPI) dan Pusat Perkhidmatan Pendidikan
Khas (3PK).
Sehubungan dengan itu pihak sekolah perlu mengemukakan borang yang
telah lengkap diisi ke Unit Pendidikan Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan
Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan selewat-lewatnya sebelum atau pada 12 Julai
2017. Perkara ini amat penting dalam memastikan maklumat yang diperoleh
adalah tepat bagi membolehkan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan
Malaysia membuat verifikasi status
penyenggaraan dan bekalan supaya menepati jumlah keperluan sebenar.
BIL
|
PERKARA
|
1
|