PENGEMASKINIAN DATA PENDIDIKAN KHAS BERAKHIR 30 JUN 2015

Dengan segala hormatnya surat KPM.BPKHAS.200-1/3/2 Jld. 3 (2) bertarikh 9 Jun 2015 berhubung perkara di atas adalah berkaitan dan dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian Pendidikan Malaysia sedang  mengemaskini data dan enrolmen Murid Berkeperluan Khas (MBK) berakhir 30  Jun 2015 bertujuan untuk perancangan ke arah kecemerlangan Program Pendidikan Khas di semua sekolah kerajaan seluruh negara.


3.         Sehubungan dengan itu, pihak tuan dipohon melengkapkan Borang Maklumat Enrolmen Pendidikan Khas dan Borang Maklumat Murid PPKI berakhir 30 Jun 2015 bagi sekolah tuan. Borang ‘softcopy’ berkenaan boleh dimuatturun daripada laman portal Unit Pendidikan Khas, JPN Kelantan di upkhaskelantan.blogspot.com.

4.         Borang Maklumat Enrolmen Pendidikan Khas dan Borang Maklumat Murid PPKI yang lengkap hendaklah dihantar kepada Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan  melalui emel pkhaskelantan@gmail.com sebelum atau pada  15 JULAI 2015. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi  Mohd Nawi b. Awang Senik di talian
09-7418087 atau 012-9008482

Surat 
Borang maklumat enrolmen
Borang maklumat murid PPKI
Keterangan 
Share:

Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)