LAPORAN SENARAI SEMAK MAKLUMAT DAN INSTRUMEN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) TAHUN 2015

Dengan segala hormatnya surat KPM.BPKHAS.300-2/3/17 (15) bertarikh 11 Mei 2015 berhubung perkara di atas adalah berkaitan dan dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian Pendidikan Malaysia sedang  memantapkan pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di semua sekolah kerajaan seluruh negara.


3.         Pihak tuan dipohon melengkapkan Laporan Senarai Semak Maklumat PPKI dan Instrumen Penilaian Kendiri PPKI bagi sekolah tuan. Sehubungan dengan itu. Instrumen Penilaian Kendiri PPKI mesti dibaca bersama dengan Deskripsi Skala Markah bagi tujuan pemahaman. Pihak sekolah boleh memuat turun semua dokumen serta borang berkenaan daripada laman portal Unit Pendidikan Khas, JPN Kelantan di upkhaskelantan.blogspot.com.

4.         Laporan Senarai Semak Maklumat PPKI dan Instrumen Penilaian Kendiri PPKI yang lengkap hendaklah dihantar kepada Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan  melalui emel pkhaskelantan@gmail.com sebelum atau pada  9 JULAI 2015. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi  Mohd Nawi b. Awang Senik di talian 09-7418087 atau 012-9008482.

Surat
Senarai Semak PPKI
Instrumen Penilaian Kendiri
Deskripsi Skala Markah

Share:

Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)